PISEK atau Pertubuhan Seni & Sastera Karyawan Muda Kota Bharu ditubuhkan oleh beberapa orang muda yang suka dan minat seni/sastera (paling muda 20 tahun &
paling tua 33 tahun). Sebab itulah dipanggil KARYAWAN MUDA (Di Malaysia bawah 40 masih boleh dipanggil BELIA atau MUDA).
Kalau ada yang menggunakan MUDA pada KELAB/PERSTUAN/PERTUBUHAN (YANG BERDAFTAR - yang tak berdaftar 'itu adalah pilihan mereka kerana tak terikat dengan ROS) tapi yang didalamnya dah lebih atau masih lagi memimpin biarpun sudah melepasi 40 tahun (BAWAKLAH TURUN KERUSI ATAU BERALIH KE KELAB/PERTUBUHAN/PERSATUAN YANG DIGARISKAN - TAKKAN TERUS MAHU DUDUK DI KERUSI SEDANGKAN SUDAH 'HAUS'. BAWAK IDEA YANG BAIK KE TEMPAT SELAYAKNYA - Maaf kalau ada yang terasa, bukan apa banyak sangat yang masih ada perangai GILA nak berKUASA - Entah apa dicari (DUIT - mungkin /
NAMA - selalunya / KUASA - memang parah)
Boleh ke SENI kat Kelantan? Kalau SASTERA tak ada masalah.
Itulah sebabnya PISEK ditubuhkan. Biarpun bunyinya 'PERTUBUHAN' (bagi yang berfikiran CETEK - sebab kononnya baik hidup 'bawah tanah')macam PERSATUAN BELIA tapi sekurangnya sedikit CERDIK kerana berdaftar dan boleh bergerak tanpa rasa takut diserbu (biarpun ada antara kami dari 'BUKAN PENYOKONG KERAJAAN')tetapi atas landasan (harap-harap BENARLAH JALAN DI PILIH) dalam SENI & SASTERA maka PISEK tempatnya.
Tak sehaluan politik letak tepi, tak sekepala letak jauh, bila berkumpul dalam PISEK hanya 2 perkara :
1. SENI (Teater - MONO atau RAMAI / Filem - PANJANG atau PENDEK / Nyayian - ASLI atau POP atau R&B atau LAGU PUISI / Lukisan - REALISME atau ABSURB / Arca - APA-APA BAHAN PUN dan APA PUN berkaitan dengan KESENIAN.
2. SASTERA (Puisi - GURINDAM/SYAIR/NAZAM atau MODEN / Cerpen - MEMANG YANG DIPANGGIL CERPEN atau KEGILAAN BARU 'BLOOK' dan APA PUN berkaitan dengan KESUSASTERAAN.
Itulah PISEK.
'APA YANG PASTI, JIKA ADA USAHA YANG GIGIH, PASTI ADA KEJAYAAN YANG MENANTI'
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

tahniah tetuan!
ReplyDelete