04 February 2010

Terima kasih Tok Rimau

Sunday, January 24, 2010
BERCAKAP DENGAN PISEK


Q1: Apakah itu PISEK dan siapakah anggota-anggotanya?
PISEK sebenarnya sebutan atau slanga orang2 muda di Selatan Thai (Golok & kawasan yang sewaktu dengannya). Kalau kefahaman BAHASA maknanya ISTIMEWA tapi kalau kegunaan orang-orang muda maknanya BAIK (kalau Kelantan MOLEK). Itu untuk ASALnya tapi kalau mengikut HALAL di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan maknanya Pertubuhan Seni Sastera Anak Muda Kijang Kota Bharu.

Q2. Bagaimanakah PISEK terbentuk?
PISEK terbentuk hasil perbualan kosong dengan keadaan KACIK (atau KACIP-maknanya sama ngan buku Pipiyapong) sambil petik gitar bawah pokok rambutan (Halaman rumah kaum-kerabat... Dulu Fadli selalu datang). Idea 5 orang dan nak sangat tubuhkan PISEK sebab memang KACIK dengan suasana SENI SASTERA di Kelantan. Bukan dari segi yang terlibat dalam SENI atau SASTERA tapi persembahan. Kalau setakat main bawah pokok tak ada tempat untuk tunjukkan bakat yang tidak seberapa, MASALAH juga. Takkan selamanya nak buat persembahan kena tunggu jemputan dari luar terutamanya Kuala Lumpur (terima kasih SINDIKET SOL-JAH jemput PISEK...Kalau tak memang KACIK lebih teruk dari yang 'menunggang kuda'- kalau ada kawan di Kelantan tanyalah maknanya).
Projek sulung kiranya buat HAL dengan menganjur baca puisi dikir barat di tempat GENG SOL-JAH pernah buat tayangan dulu (Depan TOKONG CINA) pada 8hb Januari 2001.

Q3. Apakah projek seni PISEK sekitar 2010-2011?
Kalau mengikut ANGAN MAT JENIN memang banyak tapi yang penting PISEK sedang usahakan PEKAN SEHARI PISEK iaitu untuk MENUBUHKAN TABUNG TUISYEN PMR/SPM UNTUK PELAJAR MISKIN DI KAMPUNG CINA (tanpa mengira fahaman POLITIK). PEKAN SEHARI PISEK berjalan satu hari dengan jualan buku, mungkin TAYANGAN FILEM PENDEK, Baca Puisi, Nyayian Lagu Puisi, Dikir Barat dan malamnya dengan Pementasan Teater Amal 'GADIS KECIL YANG MENGARUT DENGAN POKOK TUA YANG ANEH'... Insya'Allah.


Q4. Kenapakah PISEK memilih Inferno untuk dipersembahkan di Maskara 19?
Soalan ini yang paling BEST sebab tak macam soalan FENOMENA SENI (Hehehe)... Sebab yang paling UTAMA ialah FADLI AL-AKITI (mungkin suatu masa FADLI AL-AKITI akan menjadi IKON penulisan dan HAHAHA... PISEK dah adaptasi cerpen dia (erm... dalam tak sampai suku pun nak skripkan SAGA HORIZON) dan 1 lagi INFERNO (NERAKA) sesuatu yang mencabar (klise) ialah macamana tak mencabar kalau yang diangkat sesuatu yang LARI dari penceritaan sebuah cerita pendek berunsur AGAMA (Sorry Fadli jika silap tapi itu yang nampak).


Q 5. Apakah persediaan PISEK sebelum persembahan di Maskara kelak?
Gelak jap (Hahaha)... Skrip PISEK sebenarnya skrip teater untuk 1 jam 30 minit tapi memandang ruang untuk MASKARA hanya 15-20 minit jadi kenalah buat lain. Nak ambil dari skrip teater rasa sayang takut ada yang tertinggal. Kiranya untuk MASKARA berbeza dengan lakaran awal skrip teater. Latihan macam biasalah di depan TOKONG... Nasib baiklah orang TOKONG MEK TIN HIN KONG nie faham. Persediaan cukup-cukup ALA KADAR. Mana boleh cakap... TUNGGU!


Q6. Mengendali sebuah kumpulan seperti PISEK memerlukan dana. Bagaimanakah kalian merancang untuk menjana dana tersebut?
Tentang perkara ini, apa yang boleh dikatakan mendapat penajaan SYARIKAT SENDIRI SENDIRIAN BERHAD. Atas sebab itulah PISEK terpaksa diHALALkan dengan berdaftar dengan R.O.S. Sekurangnya perjalanan untuk masa depan PISEK mendapatkan sumber kewangan melalui projek yang dijalankan ada keMASYUKkan.

Q7. Kelantan mempunyai sosio-budaya yang unik berbanding negeri-negeri lain di semenanjung. Adakah PISEK akan mengapatasi kumpulan kepada rakyat Kelantan atau Kelantan yang mesti mengadapatasi kepada PISEK?
Aduh (mengeluh sikit sebab soalan ini macam soalan DALAM LINGKUNGAN bersama SYED MUNAWAR-Hahaha)... Kalau dah disebut KELANTAN maknanya KELANTAN ada perbezaan ketara dari segi banyak perkara (dari ORANG KELANTAN hingga ke benda paling kecil... apa-apalah). Kata TOK GURU DATUK NIK ABDIL AZIZ, di KELANTAN sebaik-baik manusia pun ada dan sejahat-jahat (nakal) pun ada. Seimbang. Berbalik pada soalan, jawapannya PISEK mengambil jalan tengah (ATAS PAGAR). Keterbukaan PISEK ada hadnya dan jika adaptasi pulak... ada hadnya. Tapi kalau boleh... PISEK mahu bergerak mengikut acuan yang telah ada dalam diri ahli PISEK sendiri... kalau perumpaan (maaflah saudara/saudari sebab ala-ala berBUDAYA sikit-Hahaha)... UMPAMA MENARIK RAMBUT DALAM TEPUNG, RAMBUT TAK NAK PUTUS DAN TEPUNG TAK NAK BERSELERAK.

Erm... Dan Akhirnya

Thursday, January 28, 2010
INFERNO-PISEK (Suatu Penungguan Yang Mendebarkan)

Saya masih boleh ingat bagaimana "Bungsu" mengucap Inferno, "In-FEiRR-Noo" katanya.

Saya menjenguk blog kumpulan PISEK, rupa-rupanya dah ada poster "baharu" INFERNO (benak saya menyoal, buat apa?). Mungkin ini adalah sebagai strategi promosinya buat anak-anak Kelantan, mungkin. Tapi jauh dalam benak saya, saya merasakan karya saya ini sudah lunyai dikerjakan oleh Bungsu. Melihat kepada kaki wanita itu sahaja (errr, rasanya latar pun akan berbeza ni).

Tetapi saya tetap menyokong PISEK. Kalau cerpen saya dapat membentuk satu jus kreativiti buat PISEK, itu juga amat saya hargai. Saya tetap akan nyanyikan Dido's Lament pada malam Maskara nanti, walaupun mungkin Inferno PISEK jauh daripada roh asal karya dan perkaitan dengan lagu itu. Saya tetap akan nyanyi sebagai penghormatan terhadap karya itu serta karya yang akan dibawa oleh PISEK, insya-Allah.
Posted by fadz at 1:03 AM 0 comments
Labels: Peribadi

12 January 2010

PISEK 'usik INFERNO (Fadli Al-Akiti)' di Maskara!



PISEK cuba 'usik-usik' dan dengan harapan cerpen 'Inferno' karya FADLI AL-AKITI yang telah di 'gaul-gaul hingga lumat' tidak hangit dan boleh di telan anak tekak!

04 January 2010

Selamat Tahun Baru 2010 (Penuh Cabaran)

Belum terlambat PISEK mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2010 kepada sesiapa yang terbuka dan terbaca blog ini.
Sesungguhnya cabaran paling hebat di TAHUN BARU dengan isu nama ALLAH. Dan PISEK akan mengeluarkan POST selepas ini berkenaan isu tersebut.

28 December 2009

Malam Baca Puisi Kampung Cina

Seperti yang telah dijanjikan, Majlis Baca Puisi Kampung Cina diubah tarikhnya namun tempat dan masa adalah sama.
Tarikh baru: 8 JANUARI 2009

22 December 2009

'Malam kita berSENI ( lagu - puisi / dekon / dikir barat ) dan berSASTERA ( baca puisi / gurindam / syair / pantun )

PISEK sedang berusaha untuk mengadakan Malam Untuk Kita berSENI dan berSASTERA di Kota Bharu (dalam 5 - 10 minit dari Pasar Siti Khadijah) pada 01 / 01 / 2010. Doakanlah terbuka 'pintu hati' mereka-mereka agar bukan melihat program ini dari segi MAKSIAT atau HALAL dan HARAM kerana biarpun kami 'BEGINI' tetapi masih tahu HUKUM / HAKAM.

Doakan agar mereka baca 'KERTAS KERJA' sampai PENUTUP dan memahami setiap makna yang ditulis kerana ianya sama sekali tidak sekadar SENI atau SASTERA (sebab dipersoal dan terus memberi jawapan - "KALAU ADA LAGU PUISI (NYAYIAN), KAMI KENA TENGOK DULU, NAK LULUS ATAU TAK" (masa AJK PISEK ke MPKB-BRI dan di suruh bertemu seorang
PEGAWAI WANITA di dalam bilik beliau - maknanya ORANG BERPANGKAlah).

Dari pandangan mata PEGAWAI WANITA tersebut sudah jelas ada jawapan (Juga tidak langsung keSOPANan / KeMESRAan sebagai pegawai yang dipertanggungjawabkan membantu rakyat).

Jadi, jika PEGAWAI WANITA tadi mendapat 'Kertas Kerja' tersebut, diharap beli atau pinjam KAMUS DEWAN keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka, ayat di tulis cukup mudah dan terang (bukan melankolik),mana tahu PEGAWAI WANITA tersebut 'silap faham' kerana jelas antara nyayian lagu POP atau apa-apa pun, amat berbeza dengan nyayian lagu PUISI (bukan puisi berkasih-kasih 'yang itu' tapi berkasih-kasih 'DENGAN-MU'.

Pengajaran dari kejadian di atas - 'Bahasa Melayu itu INDAH, jadi jika lahir sebagai Melayu (bukan sekadar penggunaan untuk komunikasi) sepatutnya ambil tahu tentang makna dan penjelasan yang disampaikan sampai faham. Jangan bila orang mula persoalkan bahasa Melayu sebagai bahasa RASMI, kita pun turut marah sedangkan kita sendiri pun tidak terlalu faham bahasa Melayu (sebab hanya faham bahasa Melayu yang 'itu' dan tidak ambil tahu akan bahasa Melayu dalam SASTERA atau dalam majlis rasmi (bilamana penyampainya boleh dimengertikan dengan maksud mendalam).

-PERJUANGAN MASIH BELUM SELESAI-