04 February 2010

Erm... Dan Akhirnya

Thursday, January 28, 2010
INFERNO-PISEK (Suatu Penungguan Yang Mendebarkan)

Saya masih boleh ingat bagaimana "Bungsu" mengucap Inferno, "In-FEiRR-Noo" katanya.

Saya menjenguk blog kumpulan PISEK, rupa-rupanya dah ada poster "baharu" INFERNO (benak saya menyoal, buat apa?). Mungkin ini adalah sebagai strategi promosinya buat anak-anak Kelantan, mungkin. Tapi jauh dalam benak saya, saya merasakan karya saya ini sudah lunyai dikerjakan oleh Bungsu. Melihat kepada kaki wanita itu sahaja (errr, rasanya latar pun akan berbeza ni).

Tetapi saya tetap menyokong PISEK. Kalau cerpen saya dapat membentuk satu jus kreativiti buat PISEK, itu juga amat saya hargai. Saya tetap akan nyanyikan Dido's Lament pada malam Maskara nanti, walaupun mungkin Inferno PISEK jauh daripada roh asal karya dan perkaitan dengan lagu itu. Saya tetap akan nyanyi sebagai penghormatan terhadap karya itu serta karya yang akan dibawa oleh PISEK, insya-Allah.
Posted by fadz at 1:03 AM 0 comments
Labels: Peribadi

No comments:

Post a Comment